Dunia hiburan tempatan tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan 2015 menyaksikan penguasaan media sosial yang memberi impak luarbiasa buat sesuatu isu terutama melibatkan selebriti tanah air.

Sama ada suka atau tidak, seseorang anak seni itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai kisah panas termasuk kecaman yang dilemparkan terhadap mereka. Astro Gempak telah memilih 10 kontroversi hiburan seni tanah air yang berlaku sepanjang tahun 2015:

1) Adira mengaku isteri kedua Datuk Seri
Berita perkahwinan penyanyi kelahiran Sabah ini dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu mengejutkan kerana pengakuan dibuat Adira secara tiba-tiba. Adira juga menerima lamaran daripada lelaki melalui telefon selepas tiga minggu berkenalan.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161141/Adira-Mengaku-Isteri-Kedua-Datuk-Seri.aspx

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161147/Adira-Bernikah-Di-Songkhla-Status-Isteri-Kedua-Tidak-Beri-Masalah.aspx

2) #KimK dan Fazura
Kontroversi berlaku apabila timbul salah faham daripada pihak Fazura selepas salah seorang pengikut Instagram (IG) dikenali sebagai ‘vii.nirza’ telah meletakkan komen #KimK pada foto yang dimuatnaik artis popular itu. Fazura kemudiannya bertindak memuatnaik foto wanita tersebut di IGnya kerana menyangka #KimK ialah ‘kim*k’. Foto tersebut telah mengundang kemarahan netizen yang bertindak mengecam pelakon itu.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161048/Salah-Faham-Komen-Peminat-Sebagai-Kim-k-Peminat-Desak-Fazura-Mohon-Maaf.aspx?IsPreview=true

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161056/Pelakon-Fazura-Nafi-Adakan-Pertemuan-Selesai-Isu-Kimk.aspx?IsPreview=true

3) Gambar bogel wanita didakwa Tasha Shila
Nama pelakon Tasha Shilla telah dikaitkan dengan foto separuh bogel yang tersebar di media sosial. Sehubungan itu Tasha telah membuat laporan polis tetapi tidak memberi sebarang komen lanjut
mengenai kontroversi tersebut.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/158622/Foto-Separuh-Bogel-Tasha-Shilla-Sahkan-Buat-Laporan-Polis.aspx?IsPreview=true

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/157909/Artis-Wanita-Diperangkap-Gambar-Selfie-Separuh-Bogel-Tersebar.aspx

4) Kisah Cinta Dan Mesej Lucah Melibatkan Zizan Razak
Kontroversi melibatkan pelawak popular ini berlaku apabila hubungan cintanya bersama pelakon Emma Maembong berakhir. Bagaimanapun, timbul pula cerita yang lebih dasyat apabila Zizan Razak dikaitkan dengan gosip ‘pelawak terlampau’ yang didakwa menghantar mesej lucah kepada peminat wanita. Ketika isu tersebut sedang hangat diperkatakan, pelawak kelahiran Terengganu ini secara tiba-tiba disebut akan berkahwin dan akhirnya cerita perkahwinan tersebut ‘diam’ begitu sahaja.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/143559/Emma-Minta-Putus-Kerana-Ditipu-Zizan.aspx

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/151919/Video-Dua-Wanita-Dedah-Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Ajak-Lakukan-Seks.aspx#.VSJLUGrX8CY.facebook

5) Rumahtangga Fasha Sandha goyah kerana Nora Danish?
Kisah rumah tangga aktres Fasha Sandha tiba-tiba menjadi perhatian umum selepas dia dan suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai dikhabarkan bakal bercerai. Lebih menyakitkan, kononnya keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri termasuk bekas isteri, pelakon Nora Danish.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161060/Nora-Danish-Punca-Rumah-Tangga-Fasha-Sandha-Jejai-Goyah.aspx

6) Zamani positif dadah dan lari dari pengasih

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan dikediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis Morphine. Lebih panas apabila video Zamani menyanyi ketika berada dalam tahanan polis menjadi viral kerana netizen menganggap penyebaran video tersebut keterlaluan. Kontroversi penyanyi Gerimis Mengundan ini tidak berakhir disitu apabila dituduh telah melarikan diri atau diculik daripada Rumah Pengasih selepas beberapa bulan tinggal di situ.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/144789/Zamani-Slam-Positif-Dadah-10-Tahun-Terlibat-Aktiviti-Penagihan.aspx

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160758/Didakwa-Lari-Dari-Pengasih-Zamani-Buat-Report-Polis.aspx#.ViRIApUTpGc.facebook

7) Dikritik Edry, Che Ta tarik diri daripada Akademi Fantasia
Perbalahan antara pelakon Rozita Che Wan dan penyanyi serta komposer terkenal, Edry Abdul Halim sewaktu berlangsungnya program Akademi Fantasia telah menjadi perhatian. Che Ta mengambil keputusan untuk menarik diri dari menjadi juri tetap di AF2015 selepas Edry menyelarnya kerana memberi komen yang tidak membina.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160611/All-The-Best-Untuk-Che-Ta-Edry-Komen-Isu-Tarik-Diri.aspx?IsPreview=true

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160612/Kami-Sedia-Lepaskan-Che-Ta-Pengurus-Saluran-Astro-Ria.aspx

8) Stacy peluk islam
Heboh apabila penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy Anam memeluk Agama Islam. Foto Stacy memakai tudung telah dimuat naik seorang individu dikenali sebagai @normancastrosantos dan menjadi bualan di media sosial. Video Stacy mengucap kalimah syahadah juga telah menjadi viral menyebabkan kekasih Stacy, Akim terkilan dengan perkara tersebut.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160529/Ummu-Syaikhah-Stacy-Abdullah-Nama-Islam-Stacy.aspx

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160532/Stacy-Sah-Peluk-Islam-Terkilan-Video-Tersebar.aspx

9) Nabil dikecam kerana persenda kecacatan Caliph Buskers
Pelawak Nabil Ahmad dikecam hebat gara-gara mempersendakan kekurangan Caliph Buskers yang cacat penglihatan sewaktu konsert minggu pertama Gegar Vaganza. Nabil bagaimanapun mengakui kesilapannya itu dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka..

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160800/Nabil-Ahmad-Akui-Kesal-Persenda-Kecacatan-Caliph-Buskers.aspx

10) Gambar seksi Diana Danielle jadi bualan netizen
Nama pelakon Diana Danielle menjadi panas gara-gara foto berani matinya yang terpampang di majalah Esquire Malaysia. Foto seksi isteri kepada pelakon Farid Kami yang menjadi viral itu menampilkan tubuh Diana dibalut dengan sehelai bendera negara Amerika Syarikat dan menampakkan coli dan seluar dalam hitam (hotpants) yang dipakainya.

Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/149366/Bergambar-Dedah-Coli-Diana-Danielle-Berani-Mati.aspx