Throwback Gambar Sakit, Nazim Othman Sebak

30 Disember 2015. 1.54 PM
133,699
Hiburan
Throwback Gambar Sakit, Nazim Othman Sebak

Pelakon Nazim Othman berasa sebak ketika mengimbas kembali koleksi foto selepas melakukan pembedahan di kepalanya pada Mac lalu.

Foto itu juga telah dikongsi oleh Nazim menerusi akaun Instagramnya malam semalam (Rabu) dengan coretan yang menggambarkan perasaannya sewaktu melihat foto tersebut.

“I cried whenever I scroll my camera roll to see this as my reminder. May Allah have mercy on us. He knows best. ( the biggest test is when we're healthy ) #march2015.” tulisnya.

Bagaimanapun, foto yang menunjukkan wajah Nazim tersenyum selepas pembedahan selesai membuatkan peminat kagum dengan semangat aktor itu melawan kesakitannya.

Sehingga kini foto tersebut telah mendapat hampir 38 ribu ‘likes’ selain dihujani dengan ucapan-ucapan peminat yang mendoakan kejahteraan pelakon kesayangan mereka.

Sebelum ini Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya pada ketika itu.

Baca: Nazim Othman Beri Pendedahan Eksklusif Tentang Penyakit Di Hlive

Baca: Nazim Othman Tidak Menyesal Jika Terpaksa Tinggalkan Dunia Lakonan

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram Nazim Othman


Artikel Berkaitan


Komen