Pelakon Datuk Eizlan Yusof memberitahu sejak berpisah dengan isteri, Vie Santie Harun, dia tidak mempunyai masalah untuk menjaga tiga orang mereka.

“Sejak berpisah dengan isteri memang tidak pernah ada sebarang masalah tentang penjagaan anak-anak dan saya bersyukur hubungan dengan mereka sangat baik.

“Tiada isitilah mencabar menjaga anak-anak tanpa isteri disisi kerana anak-anak lahir didepan mata saya. Daripada mereka baby, saya tengok mereka. Walaupun kadang-kadang berjauhan kami akan sentiasa berkomunikasi.

Tambah Eizlan lagi tiga orang anaknya Vie Zaara, 7, Zareef Yusof, 5, dan Vie Zaalia, 2, pula sangat manja dengannya dan akan menghubunginya melalui telefon untuk mengadu tentang apa jua perkara.

“Anak-anak rajin telefon. Kadang-kadang bila mereka bergaduh adik-beradik adalah yang telefon. Masing-masing akan mengadu,” ceritanya.

Dalam pada itu sebagai seorang bapa, Eizlan akan cuba memenuhi permintaan anak-anak kesayagannya seperti memasak dan kerap meluangkan masa bersama.

“Ketiga-tiga anak saya, mereka manja. Masing-masing ada karakter tersendiri. Ibu pernah beritahu anak kedua saya Zareef nakal seperti saya semasa kecil,” ujarnya ketawa.

Nak tahu rahsia Eizlan cool menjaga anak-anaknya tanpa isteri disisi? Atau ingin mengetahui apa aktiviti yang dilakukan bapa tunggal ini sepanjang hari bersama putera dan puterinya?

Jangan lupa untuk menyaksikan Papa Hero Saya di Astro Ria (104), setiap Rabu jam 9 malam.

Papa Hero Saya merupakan sebuah program yang menampilkan gelagat bapa-bapa selebriti bersama anak-anak tanpa kehadiran ibu mereka.

Pelbagai tips menarik, info dan inspirasi disediakan menerusi program ini sebagai panduan ibu dan bapa di luar sana untuk menjadi yang terbaik buat anak mereka.

Tips-tips menarik juga boleh didapati di laman facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.