Buat pertama kali pelakon Hanez Suraya telah berkongsi wajah bayi perempuannya kepada umum menerusi akaun Instagram (IG).

Foto beserta kapsyen ‘Syukur Alhamdulillah’ itu merakamkan momen indah suaminya, Romie sedang mencium anak sulung mereka dengan penuh kasih sayang.

Ruang komen foto tersebut kini dibanjiri dengan kata-kata pujian dan ucapan tahniah kepada Hanez dan Romie di atas kelahiran bayi comel mereka.

Selain Hanez, foto bayi comel itu juga turut dikongsi oleh adik aktres tersebut, Hanez Safira menerusi Instagramnya.

Hanez selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam pada Rabu secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Baca: Hanez Suraya Selamat Lahirkan Baby Girl

Dapatkan tips menarik, info dan inspirasi untuk ibu dan bapa di luar sana yang ining menjadi terbaik buat anak mereka di facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram Hanez Suraya, Hanez Safira & Shaker Hanafi