Meriahnya Gathering Keluarga Maembong, Bila Yaya, Chacha, Emma Berpuisi

31 Disember 2015. 1.01 PM
14,461
Advertorial
Meriahnya Gathering Keluarga Maembong, Bila Yaya, Chacha, Emma Berpuisi

Bagi meraikan kedatangan ahli keluarga Maembong di The House, Chacha bukan setakat menyediakan Cup Cakes yang istimewa, tetapi juga turut mempamerkan kehandalannya memasak Spaghetti Bolognaise.

Malah Chacha juga telah mengejut dua kakaknya, Emma da Yaya awal pagi untuk menghias rumah. Chacha turut menghubungi pembantu peribadinya dan Emma untuk membantu mereka.

Pelbagai hiasan digantung termasuklah belon-belon berwarna-warni. Mereka turut menyusun pelbagai makanan ringan seperti kacang, marshamallow, gula-gula getah serta hidangan utama iaitu Cup Cakes dan Spaghetti Bolognaise yang disediakan Chacha sebelum itu.

Walaupun tidak semua ahli keluarga Maembong dapat menghadirkan diri kerana terikat dengan komitmen dan sibuk dengan hal masing-masing, namun majlis tetap berlangsung meriah.

Ada juga di antara ahli keluarga yang tidak yakin Chacha telah membuat Cup Cakes dan Spaghetti Bolognaise, namun mereka akhirnya percaya kerana Emma dan Yaya tidak mungkin memasak.

Bagaimanapun ibu mereka, Janet Pato, percaya Chacha menyediakan dua hidangan utama tersebut kerana sejak kecil lagi anak bongsunya itu memang suka memasak.

Ketika berkumpul beramai-ramai, pelbagai cerita dan kenangan dikongsi bersama, diselang-selikan dengan gurau senda mereka anak-beranak. Keseronokan tidak berakhir begitu saja kerana Yaya, Emma dan Chacha mempunyai kejutan untuk ahli keluarga mereka. Ketiga-tiga mereka telah ditugaskan untuk membuat persembahan puisi berkaitan keluarga.

Chacha tampil dengan persembahan puisi penuh emosi apabila membawakan puisi Satu Keluarga yang mengisahkan tentang ketakutan dialaminya ketika bersendirian di dalam sebuah bilik kecil dan gelap, sebelum diselamatkan oleh mamanya.

Keluarga Ibarat Rambut adalah tajuk puisi yang dipersembahkan Emma. Memiliki 'sense of humor' yang semulajadi, Emma berjaya mencetuskan suasana lawak di kalangan ahli keluarganya apabila dia menjadikan penggunaan extension rambut sebagai simbolik metafora keluarga mereka.

Lebih melucukan apabila Emma turut memberitahu, apabila rambut dia dan adik-beradik yang lain terkena kutu, kakaknya yang akan membersihkan rambut mereka.

Sementara Yaya pula, membawakan puisi tentang air dan puisi tersebut disampaikan dengan gaya yang sangat kreatif. Yaya meletakkan air sebagai simbolik kerana merasakan sumber semulajadi itu sama seperti sesebuah keluarga, penting dalam kehidupan dan sangat diperlukan oleh setiap orang.

Berakhirnya gathering keluarga Maembong dalam The House episod kesepuluh ini, bererti berakhirlah program realiti digital keluarga ini yang berkisar tentang kehidupan Yaya, Chacha dan Emma apabila tinggal sebumbung.

Kesedihan terpancar di wajah Yaya, Chacha dan Emma ketika mahu meninggalkan The House kerana tahu mereka tidak mungkin akan tinggal bersama lagi di dalam sebuah rumah yang sama.


Namun sepertimana yang dipercayai Kotex, dengan memberi sokongan dan perlindungan di antara satu sama lain pada saat-saat diperlukan, semangat 

Artikel Berkaitan


Komen