Sufi AF2015 Kecewa Tak Tercalon Anugerah Meletop Era 2016?

31 Disember 2015. 4.16 PM
8,146
Hiburan
Sufi AF2015 Kecewa Tak Tercalon Anugerah Meletop Era 2016?

Melihat senarai pencalonan awal Anugerah Meletop Era 2016 (AME 2016), nama juara AF2015, Sufi tidak bolos untuk mana-mana kategori.

Sebaliknya, nama pemenang naib juara AF2015, Syamel tersenarai dalam pencalonan awal bagi tiga kategori. Adakah Sufi kecewa namanya tidak tercalon dalam AME 2016?

“Saya rasakan itu adalah rezeki masing-masing. Syamel sangat layak untuk tercalon dalam AME 2016 kerana lagu yang dia nyanyikan, Hidup Dalam Mati adalah sangat bersifat komersial. Saya pun tahu yang nama Bila juga tersenarai dalam pencalonan awal AME 2016,” kata Sufi.

Menganggap ada hikmah di sebalik semua perkara yang terjadi, Sufi tetap berbangga apabila melihat dua orang teman finalis AF2015 tercalon dalam AME 2016.

“Pada saya, apabila saya tidak tercalon, itu adalah rezeki masing-masing. Pastinya ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Mungkin saya akan tercalon untuk edisi yang akan datang, siapa tahu? Namun begitu, saya berbangga dengan pencalonan dua rakan saya.

“Saya juga ada berkongsi berita mengenai pencalonan Syamel dan Bila dengan peminat saya supaya mereka dapat mengundi rakan-rakan saya. Untuk semua peminat saya, jangan bersedih kerana pasti akan ada anugerah-anugerah lain di masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Sufi kini dalam persiapan untuk mengeluarkan single keduanya selepas lagu Kisah Dua Muka.

“Kini saya sedang berehat sebentar kerana saya ingin memberikan fokus untuk lagu baru yang bakal saya rakamkan untuk menjadi single kedua. Saya juga sedang dalam proses awal pembikinan album saya,” kata Sufi.

AME 2016 akan disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada 28 Februari depan.

Diacarakan Nabil Ahmad, penonton boleh menyaksikan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop dan Pelakon Meletop.

Selain itu, kategori lain ialah Hos Meletop, Bintang Online Meletop, Artis Baru Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop dan Fesyen Meletop.

Dua kategori hangat yang menjadi rebutan ialah Top Top Meletop Lelaki dan Top Top Meletop Wanita.

Undian fasa pertama telahpun dibuka dan undian boleh dilakukan di www.astrogempak.com.my/meletop/AnugerahMeletopEra

Olahan semula: Kamaruddin Razal

Sumber: HLive!


Artikel Berkaitan


Komen