Sejak semalam di media cetak dan elektronik dah heboh tentang penangkapan anak kepada penyanyi popular 80-an kerana melakukan jenayah mencuri motosikal.

Bagaimanapun Miss K dengar, remaja tersebut yang berusia 16 tahun adalah anak kepada peserta wanita yang berjaya ke peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2.

Ada sumber beritahu Miss K, sebelum tertangkap remaja tersebut telah termasuk ke dalam perangkap polis. Kiranya nasib tak baiklah dia pada malam itu, ingat dapat ‘rezeki’ rupanya ke jeriji besi!

Kejadian tersebut berlaku kira-kira dua minggu lalu dan anak artis wanita itu dikatakan telah ditahan reman bersama seorang lagi rakannya berusia 18 tahun.

Lama juga tidur lokap, kata sumber tersebut.

Cerita ini bukan rekaan Miss K ya! Lagipun Miss K bukan sejenis manusia yang suka mereka cerita! Sumber-sumber Miss K semua kelas A dan boleh dipercayai.

Menurut berita di mStar Online, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan telah mengesahkan berita penangkapan anak penyanyi wanita popular era 80-an itu, dan kedua-dua tertuduh telah pun dihadapkan ke mahkamah pada Isnin lalu.

"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

"Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Febuari depan," katanya.

Tambah Rosly, kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

MissK: Tengah tengok ulangan konsert separuh akhir Gegar Vaganza 2...Selamat Tahun Baru semua!

*Pssttt...Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!