Datuk Yusof Haslam Timang Cucu Keempat Di Tahun Baru!

1 Januari 2016. 6.16 PM
41,651
Hiburan
Datuk Yusof Haslam Timang Cucu Keempat Di Tahun Baru!

Anak bongsu datuk Yusof Haslam, pengarah filem Syafiq Yusof telah menimang cahaya mata sulungnya kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.

Syafiq telah memuat naik foto bayi perempuannya yang dinamakan Nuur Jannah itu di akaun Instagram (IG) dua jam yang lalu dengan kapsyen, “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah Ya Robb Ya Rahman... syukur atas kelahiran anak pertama saya Nuur Jannah #babygirl ayah dan ibu sayang sangat2 kamu Jannah!!!”

Foto si comel itu telah dihujani ucapan tahniah daripada para pengikut IG termasuk rakan-rakan artis dan ada juga yang menggelarkan Jannah sebagai Baby New Year.

Nuur Jannah juga merupakan cucu ke-empat kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.

Syafiq telah mendirikan rumah tangga dengan Aeisha Zainal pada 5 April 2014.

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya, ‘Abang Long Fadil 2’.

Abang Long Fadil 2 merupakan filem pertama yang melibatkan kerjasama Skop Production dan Astro Shaw.

Kepada Datuk Yusof, Datin Fatimah, Syafiq Yusof dan isteri, tahniah dari Astro Gempak!


Artikel Berkaitan


Komen