Search Terkilan Dengan Pengurusan AJL?

3 Januari 2016. 2.04 PM
7,306
Hiburan
Search Terkilan Dengan Pengurusan AJL?

Vokalis kumpulan Rock Lagenda Search, Amy baru- baru ini telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG)nya.

Daripada foto tersebut Miss K dapat lihat yang Amy berkongsi kekecewaan bersama rakan-rakannya yang lain terhadap pihak pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana cakap tidak serupa bikin.

Menerusi foto tersebut, tertulis kapsyen ‘Org AJL kata nk bagi Ikon awards utk kumpulan Search. So kite org pn dtg siap pakai suit yg di sponsor oleh @taufiknong rupe nya hnya frame poster bertulis penghargaan tkde lansung huruf ikon or ape2 lah. aku ingtkn bgi award utk kite remember. Jdi sbenar nya kite org hnya lah pnghias dn mncntikan event ptg tu je. Lain kali jgn la buat kite org cmni.”

Miss K yakin Amy tulis begitu bukan kerana hadapkan penghargaan pun tetapi looking forward dengan perkara yang dijanjikan penganjur.

Bagi Miss K, pihak penganjur pula seharusnya lebih sensitif  dengan perkara macam ini. Tidak wajar artis lagenda dilayan begitu rupa.



Oleh itu memang wajarlah pengikut IG Amy yakni peminat tegar Search mengutuk penganjur! Tentu sekali mereka terkilan apabila artis pujaan mereka diperlakukan sedemikian rupa.

Search pula bersungguh siap tempah suit untuk menghadiri majlis tersebut, maklumlah orang nak bagi ikon awards...Rupanya, dapat poster dalam frame sahaja! 

Apalah salahnya bagi ‘lebih’ sikit kepada Search sebab Miss K tengok mereka pun terlibat dalam promo AJL. Sekurang-kurangnya ada juga benda untuk mereka kenang. Ye tak?

Apa pun Miss K harap perkara ini hanyalah salah faham atau production tersalah beri maklumat kepada Search sahaja dan tidak menjejaskan hubungan antara kumpulan rock lagenda ini bersama pihak penganjur.

MissK: Tak sabar nak tengok Elizabeth Tan nyanyi lagu Knock-Knock masa AJL nanti!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!


Artikel Berkaitan