Pakaian Mewah Anak Kim Kardashian Di Kecam Pengikut Instagram

4 Januari 2016. 11.55 AM
6,661
Hiburan
Pakaian Mewah Anak Kim Kardashian Di Kecam Pengikut Instagram

Foto anak perempuan Kim Kardashian, North West yang sedang bersiar-siar di taman permainan sekitar Los Angeles dikritik hebat peminat dan pengikut di Instagram.

Menerusi foto tersebut, North West tampil dengan kasut Converse, denim biru, topi putih serta jaket bulu mewah yang dianggarkan berharga sekitar RM15,000.

Foto dengan kapsyen ‘Swag’ itu menerima hampir 1,400,000 ‘Likes’ dan puluhan ribu komen oleh pengikutnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata komen yang ditinggalkan peminat memberi pandangan negatif mahupun mengkritik pemakaian North West yang dianggap terlalu mahal dan mengancam masalah kepupusan haiwan.

“Harga pakaian  North West mungkin lebih mahal daripada rumah saya,” jelas saya seorang pengikut Kim Kardashian.

“Jaket bulu tersebut kelihatan lebih cantik jika ianya ‘dipakai’ oleh haiwan, bukan manusia,” antara komen ‘pedas’ peminat.

Malah foto tersebut mendapat perhatian jurucakap organisasi PETA (People For The Ethical Treatment of Animals) yang menganggap kanak-kanak secara semulajadi mempunyai perasaan peka dan mudah simpati dengan derita yang dilalui haiwan.

Tindakan Kim K dilihat tidak menjadikan dia seorang ‘Role Model’ yang baik kepada anaknya kelak.

Sebelum ini bapa North, Kanye West turut dua kali menerima kritikan hebat selepas tampil dengan jaket bulu mewah sewaktu berada di kota Paris dan New York masing-masing pada tahun 2010 dan 2012.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Daily Mail


Artikel Berkaitan