Konsert Gegar Vaganza Di Istana Budaya Gabung Peserta Musim 1 & 2?

5 Januari 2016. 4.34 PM
5,176
Hiburan
Konsert Gegar Vaganza Di Istana Budaya Gabung Peserta Musim 1 & 2?

Hari ini Miss K rasa gembira sekali selepas terdengar desas-desus mengenai konsert Gegar Vaganza yang bakal menggegarkan pentas Panggung Sari, Istana Budaya tidak lama lagi!

Menurut teman Miss K, lebih menarik lagi konsert tersebut bakal menggabungkan peserta Gegar Vaganza dari musim pertama dan kedua!

Waaaahhh! Bergabung, Meletop! Ahhh! Kata Akim dan Stacy. Bergegar-gegarlah Panggung Sari Istana Budaya tu. Miss K dah terbayangkan kehebatan konsert tu nanti.

Selain dari tu, Miss K dengar konsert tersebut yang akan diadakan selama tiga malam berturut-turut itu akan turut mempunyai segmen istimewa yang menampilkan kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia.

Khabarnya ketua juri Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS pun akan terlibat sebagai pengarah muzik. Tapi...Miss K pun hanya dengar cakap-cakap orang. Betul atau tidak berita ini kita sama-sama tunggulah!

Tapi, kalau tengok gaya penceritaan kawan Miss K tu, nampak macam real! Cuma satu je yang Miss K tak puas hati, bila Miss tanya siapa peserta dari musim pertama dan kedua yang yang terlibat dia muncung-muncungkan mulut..Rahsia katanya.

Tak apa, nanti Miss K cari kawan-kawan di Astro untuk korek lagi cerita lanjut mengenai konsert yang dinamakan Konsert Mega Gegar Vaganza itu.

Serius, Miss K teruja nak pergi tonton konsert Mega Gegar Vaganza pada 15 hingga 17 Januari depan sebab Miss K nak menggamit nostalgia menerusi lagu-lagu yang bakal mereka nyanyikan.  

Miss K: Sanggup beli tiket dan tak hadap tiket free!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!


Artikel Berkaitan


Komen