Aktres Berang Penumpang Kapal Terbang Tonton Dilwale Versi Cetak Rompak

5 Januari 2016. 4.59 PM
11,675
Filem
Aktres Berang Penumpang Kapal Terbang Tonton Dilwale Versi Cetak Rompak

Salah seorang pelakon Dilwale, Kriti Sanon meluahkan rasa marah di akaun Twitter selepas salah seorang penumpang yang menaiki pesawat dengannya menonton filem tersebut dalam versi cetak rompak.

Aktres berusia 25 tahun itu dalam perjalanan ke Delhi bersama ibunya menyedari individu yang duduk bersebelahan sedang menonton Dilwale menggunakan projektor telefon pintar iPhone.

“Seseorang menonton filem Dilwale dalam versi cetak rompak dalam pesawat dengan menggunakan telefon di hadapan saya. . Menjengkelkan!,” tulis Kriti.

Jelas Kriti dia menegur tindakan lelaki tersebut, namun mendapat reaksi yang berbeza.

“Saya tegur dengan sopan dia akan lebih terhibur menonton Dilwale di pawagam. Namun lelaki sibuk dengan filem yang sedang bermain diprojektornya,” luahnya.

Kriti turut menzahirkan rasa sedih apabila segala usaha dilakukan untuk menghasilkan filem yang bagus namun akhirnya peminat memilih untuk menonton dalam kualiti yang teruk.

Filem yang baru sahaja masuk hari ke sepuluh berada di pawagam ini menerima sambutan hangat seluruh dunia selepas para peminat terpaksa menunggu 10 tahun untuk menyaksikan gandingan ideal Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Daily Mail


Artikel Berkaitan


Komen