Pelawak Fad Bocey dan isterinya, Nur Syahirah A. Rahman telah mendedahkan nama bayi kembar kesayangan mereka.

Pasangan tersebut telah memilih nama yang cukup indah iaitu Favian Adrazin Hayyan manakala adiknya pula Favian Adrazin Zayyan.

Nama tersebut didedahkan oleh Fad menerusi akaun Instagramnya minggu lalu dengan kapsyen:

“Assalammualaikum..nama kita Favian Adrazin Hayyan(abang) dan Favian Adrazin Zayyan(adik). #mummydaddy #thefavians #FS #taksukajanganfollow.” tulisnya.

Selain itu, Fad juga turut memuat naik beberapa foto yang menunjukkan gelagatnya sewaktu menghabiskan masa bersama bayi kembar comel itu.

Rata-rata peminat memuji pilihan nama yang diberikan oleh pasangan tersebut kepada bayi kembar itu dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Terdahulu, Hayyan dan Zayyan dilahirkan pada 11 Disember 2015 di Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam.

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram Fad Bocey