Tanggal Seluar Di Tapak Arkeologi Mexico, Justin Bieber Dihalau Keluar

10 Januari 2016. 11.36 AM
8,730
Hiburan
Tanggal Seluar Di Tapak Arkeologi Mexico, Justin Bieber Dihalau Keluar

Bintang Pop Dunia, Justin Bieber dihalau dari sebuah tapak arkeologi Mayan di Mexico selepas berkelakuan tidak senonoh.

Bieber dan rakan-rakannya didakwa berada di tapak yang dianggap suci dengan membawa minuman keras sebelum menanggalkan seluar untuk merakam selfie pada Khamis yang lalu.

Menurut laporan TMZ, pekerja di tapak arkeologi Mayan telah pun menghubungi pihak polis mengenai insiden tersebut namun Bieber dan rakan-rakan telah beredar lebih awal.

“Bieber dan rakan-rakan didakwa menanggalkan seluar untuk berselfie di tapak suci Mayan. Tetapi pihak berkuasa hanya memberitahu mereka berkelakuan tidak senonoh,” ujar jurucakap rasmi tapak arkeologi Mayan.

Tiga tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu “Sorry” ini didakwa berkelakuan tidak senonoh di sebuah muzium Anne Frank yang terletak di Belanda.

Setahun kemudian foto dia didukung dua orang pengawal peribadinya sewaktu mendaki tangga di ‘Great Wall of China’ tersebar meluas dan mendapat kritikan hebat oleh umum.

Olahan Oleh: Khalid Rahman

Sumber: TMZ, Daily Mail


Artikel Berkaitan


Komen