Perkahwinan Sam & Syatilla Melvin Februari Ini Ditaja RM25 Juta

12 Januari 2016. 5.20 PM
30,405
Hiburan
Perkahwinan Sam & Syatilla Melvin Februari Ini Ditaja RM25 Juta

Pelakon Shaheizy Sam tampil mengumumkan tarikh pernikahannya dengan aktres Syatilla Melvin yang akan berlangsung pada 8 Februari ini.

Majlis perkahwinan pasangan ini telah menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta dan sekaligus dilabel sebagai ‘wedding of the year’.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.

"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Tambah Sam lagi, jumlah tersebut termasuk barang kemas bernilai RM20 juta dan selebihnya melibatkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamin serta cenderahati.

Pengumuman dibuat oleh Sam sendiri sewaktu sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara sebentar tadi.

Majlis nikah pasangan tersebut akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang  dan disusuli dengan majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Manakala majlis resepsi  pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur serta majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Olahan Semula: Mya Amri

Sumber: Harian Metro


Artikel Berkaitan