Sukan merupakan guru nilai-nilai murni yang terbaik, oleh itu MILO® meneruskan usaha dalam memaksimumkan potensi bagi mendorong semangat “Takkan Gentar” melalui MILO® Champions Clinic.

Klinik tersebut turut mengadakan sesi eksklusif untuk ibu bapa bagi memupuk semangat “Takkan Gentar” dalam diri anak mereka.

Menerusi beberapa sesi yang telah dijalankan di negeri Selangor, Johor Bahru dan Kuching, MILO® berjaya mengumpulkan pandangan daripada mentor-mentor tentang cara ibu bapa memupuk semangat pantang menyerah kalah dalam diri anak-anak.



Sesi tersebut diterajui oleh mentor-mentor seperti Encik Abdul Hadi Ahmad (bapa kepada Farah Ann Hadi, pemenang Pingat Emas di Kejohanan Sukan SEA), Pn. Liyana Ho Binti Abdullah (salah satu pengasas pasukan Ombak FC dari drama dokumentari “Takkan Gentar”) dan Pakar Nutrisi Nestlé Malaysia Berhad, Pn Iliani Ahmad.

Berfikir di luar kotak

Menurut Hadi, beliau menerapkan mantera “Saya tidak akan menyerah kalah hari ini” ketika memberi galakan kepada anak-anak perempuannya, Farah Ann dan Katrina Ann yang juga pemenang pingat emas di Kejohanan Sukan SEA 2015.

Katanya, ibu bapa sendiri seharusnya mempelajari kaedah sukan yang diceburi anak-anak untuk memberika bimbingan dan semangat kepada mereka.

“Kita (ibu bapa) perlu memahami bahawa sukan bukan sekadar kemenangan, tetapi lebih kepada membentuk anak-anak kita menjadi seorang yang lebih kuat,” ujarnya.

Semangat “Takkan Gentar” boleh diterap di mana-mana

Sementara itu, Liyana Ho pula menggalakkan anak-anaknya untuk melibatkan diri dalam pelbagai bentuk sukan.

Anak perempuan bongsunya, Syaqilah, seorang pelajar di Sekolah Sukan Selangor, berjaya menguasai sukan bola sepak yang didominasi oleh kaum lelaki dan telah meningkatkan kemahiran untuk memastikan dia layak berada pelajar sekolah sukan.

Walaupun sentiasa dipinggirkan oleh ahli-ahli pasukan kerana satu-satunya gadis di situ serta dianggap tidak setanding dengan pemain lelaki, Syaqilah tetap berlatih dengan gigih untuk memperbaiki mutu permainan dan mengikut nasihat ibunya supaya lebih tabah.

Hasilnya, dia mewakili negeri dalam pertandingan bola sepak Piala Tun Sharifah Rodziah, selain cemerlang dalam pelajarannya dan menduduki tempat pertama di dalam kelas dan tingkatan.

“Bersukan tidak bermakna anak-anak kita tidak boleh mencapai kecemerlangan di dalam akademik disebaliknya prinsip-prisip yang berharga dipelajari melalui sukan, seperti sikap ketekunan membuka minda dan membolehkan anak-anak kita mengguna pakai nilai-nilai yang sama di dalam pelajaran dan juga sehingga dewasa,” katanya.