Fazura Rasa Jodohnya Makin Dekat, Sedia Bergelar Isteri

15 Januari 2016. 11.32 AM
8,333
Hiburan
Fazura Rasa Jodohnya Makin Dekat, Sedia Bergelar Isteri

Pelakon yang mula dikenali menerusi filem Gol dan Gincu, Nur Fazura merasakan yang jodohnya sudah semakin dekat.

“Saya merasakan jodoh saya semakin hampir, tapi dengan siapa, saya sendiri tidak tahu. Sejujurnya, saya masih solo dan tidak mempunyai calon suami,” kata Fazura.

Mahu memperlahankan rentak kerjayanya selepas berkahwin kelak, Fazura mahu bekerja dengan bersungguh-sungguh sebelum bertukar status sebagai seorang isteri.

“Buat masa sekarang, saya mahu fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu. Biarlah sebelum saya mendirikan rumah tangga, saya benar-benar puas bekerja kerana selepas berkahwin kelak, saya mahu memberikan tumpuan kepada keluarga pula.

“Semestinya selepas berkahwin, saya mahu menghabiskan masa bersama suami dan juga anak-anak. Saya juga merancang untuk tidak meneruskan kerjaya lakonan selepas berkahwin dan bergelar isteri,” kata Fazura.

Sedang dalam proses menandatangani kontrak untuk membintangi beberapa buah filem, penyanyi lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika ini juga bakal muncul dengan produk penjagaan wajah.

“Saya kini sedang dalam proses meneliti kontrak untuk menjayakan dua filem di Malaysia dan dua filem di Indonesia. Saya juga menumpukan fokus dalam memasarkan wangian jenama Mystical dan Insya-Allah, saya juga bakal mengeluarkan produk skincare pada tahun ini,” kata Fazura lagi.

Dalam perkembangan terbaru, filem lakonan Fazura bersama Keith Foo, Farid Kamil dan Siti Saleha, Langit Cinta sedang hangat ditayangkan di pawagam. Filem terbitan Astro Shaw itu merupakan sebuah cerita cinta arahan pengarah terkenal Osman Ali.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen