Mabuk Dan Bertindak Agresif, Nick Carter Ditahan Polis

15 Januari 2016. 1.45 PM
3,321
Hiburan
Mabuk Dan Bertindak Agresif, Nick Carter Ditahan Polis

Salah seorang ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter ditahan oleh pihak polis selepas bertindak menumbuk  bouncer sebuah bar di Key West, Florida.

Menurut laporan pihak polis, Pekerja di Hog’s Breath Saloon meminta Carter untuk beredar namun dia bertindak agresif dengan menumbuk bouncer yang sedang bertugas.

“Pesanan minuman yang diminta Carter dan rakan terpaksa ditolak kerana mereka berada dalam keadaan yang terlalu mabuk. Dia juga tidak dibenarkan memasuki Hog’s Breath Saloon,” jelas pihak polis Key West.

Walau bagaimanapun tidak lama kemudian, penyanyi berusia 35 tahun dan rakannya Michael Rae Papayanas telah ditahan oleh pihak berkuasa dan  mereka berdua didakwa atas akta kesalahan kecil.

Kedua-dua mereka didenda sebanyak RM6600 setiap seorang di atas berkelakuan secara agresif terhadap orang awam.

Sebelum ini Nick telah ditahan pihak polis pada 2005 selepas memandu dalam keadaan mabuk. Dia kemudian dimasukkan ke pusat pemulihan selama tiga bulan bagi menghilangkan ketagihan terhadap alkohol.

Tahun lalu sewaktu Carter menyertai program ABC “Dancing With The Stars” mengumumkan dia dan isteri bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: CNN, TMZ, Radar Online


Artikel Berkaitan


Komen