Suami kepada pelakon Zizie Ezzete, Datuk Bung Mokhtar Raden bakal menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Datuk Bung Mokhtar yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO memohon rakyat mendoakan kesihatannya sekaligus menafikan spekulasi mengatakan beliau berada dalam keadaan tenat.

Ahli parlimen Kinabatangan itu juga telah menghantar sekeping foto sebagai bukti menandakan beliau berada dalam keadaan sihat.

“Saya dalam keadaan baik. Tak ada bro (merujuk kepada dakwaan mengatakan beliau tenat).

“Inilah keadaan saya bro (merujuk kepada gambar yang dihantar)” ujarnya ringkas.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan penyakitnya.

*Foto yang dihantar oleh Datuk Bung Mokhtar sebagai bukti beliau berada dalam keadaan baik*

Sementara itu, dua hari lalu Zizie telah berkongsi perbualan sweet bersama suaminya menerusi aplikasi Whatsapp yang dimuat naik di akaun Instagramnya dengan kapsyen:

“Rasa jealous pula tgk Sam & Tilla sweet sgt nak kahwin ni, tiba2 hati teringat pd suami yg jauh nun di sana. Hehehe kita pun nk 'bersweet2' juga dgn suami kita. Hahahaa. Hilang rindu.” tulisnya.

Foto tersebut menerima komen-komen positif dari pengikut Instagram yang melabelkan mereka sebagai pasangan romantik.

Terdahulu, Zizie memberitahu mereka telah meraikan enam tahun usia perkahwinan mereka pada Disember lalu di China dan terpaksa ulang-alik sejak tiga bulan lalu.

Olahan semula: Mya Amri

Sumber: Free Malaysia Today