Skuad bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) telah melancarkan jersi baru pasukan mereka untuk musim ini.

Majlis pelancaran jersi baru JDT telah berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada Sabtu.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, majlis pelancaran tersebut turut disertakan sebuah video yang sangat unik.

Tidak keterlaluan jika Astro Gempak sifatkan, video menampilkan pemain pasukan JDT itu adalah yang terbaik setakat ini dan setaraf antarabangsa!

Rasanya belum ada lagi kelab bola sepak di Malaysia yang mengeluarkan video sehebat JDT ini!

Bukan sekadar mempamerkan aksi pemain melakukan sepak bola di lapangan terbang, turut diperkenalkan beberapa helai jersi baru JDT yang kelihatan garang dan stylo!

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismalil turut terlibat di dalam video tersebut! Sporting kan?

Jom layan video di bawah dan nilaikan sendiri kualitinya.

Tetapi sebelum itu kepada peminat bola sepak tanah air jangan lupa untuk menyaksikan filem terbaru terbitan Astro Shaw, Ola Bola yang akan ditayangkan bermula 28 Januari ini.

Ola Bola merupakan arahan pengarah filem box-office The Journey, Chiu Keng Guan dan pastinya hanya yang terbaik bakal disajikan untuk anda.