Isu Tajaan: Dihentam Penyokong Selangor, Terlajak Laris Kini Dirisik Terengganu

18 Januari 2016. 3.49 PM
9,505
Gaya Hidup
Isu Tajaan: Dihentam Penyokong Selangor, Terlajak Laris Kini Dirisik Terengganu

Selepas dihentam teruk penyokong Red Giants di laman sosial baru-baru ini, pemilik D'Herbs Terlajak Laris Datuk Aliff Syukri kini dirisik skuad Terengganu untuk menaja mereka.

Menurut laporan Sinar Harian, rundingan di antara D’Herbs dan pasukan Terengganu kini sedang berlangsung.

Perkara tersebut turut disahkan Setiausaha Agong, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman dan mengakui masih diperingkat rundingan.

“Kita hanya mencuba nasib, mana tahu jika D’Herbs mahu mengadakan hubungan kerjasama bersama PBSNT. Kita tunggu keputusan daripada pihak mereka,” katanya.

Sebelum ini, jutawan muda yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu dihentam teruk penyokong Selangor kerana mahu mengubah warna stadium dan jersi kepada warna hijau yang merupakan warna korporat D'Herbs.

Sedangkan menurut Datuk Aliff, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang menghubunginya untuk mendapatkan tajaan, sekaligus dia mengenakan 20 syarat tersebut.

"Niat saya mahu menyumbang menaikkan mutu sukan bola sepak negara tetapi saya agak sedih dan kecewa penyokong menghentam saya dilaman sosial, saya berharap penyokong memahami saya," kata Datuk Syukri yang dipetik dari akhbar Harian Metro.

Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber: Sinar Harian/Harian Metro


Artikel Berkaitan


Komen