Nak Berbelanja Tapi Bajet Ciput, Tonton Oh My Budget Di Astro Gempak

19 Januari 2016. 4.18 PM
2,021
Gaya Hidup
Nak Berbelanja Tapi Bajet Ciput, Tonton Oh My Budget Di Astro Gempak
Jika pernah menonton Oh My Budget yang dihoskan oleh Shahrol dan Ajak Shiro di Astro Ria, anda pasti sudah tahu objektif program ini.

Ya! Tepat sekali! Oh My Budget merupakan sebuah program yang berkongsi tips berbelanja dan mengurus kewangan dengan cara berhemah.

Lebih-lebih lagi sekarang ni, taraf hidup semakin meningkat. Kenaikan harga barang dan petrol tidak menentu, ditambah lagi dengan cukai GST yang dikenakan, sedikit sebanyak sebagai pengguna terasa juga bebanannya kan.

Tapi jangan risau...Sebab itulah Astro Gempak bawakan kepada anda Oh My Budget ke laman web kami untuk dijadikan panduan.

Oh My Budget di Astro Gempak menampilkan Elly Ariffin sebagai hos  yang akan membawa anda ke beberapa lokasi seperti restoran, tempat membeli belah dan tempat beriadah yang menawarkan harga berpatutan.

Jika anda peminat pancakes dan pasta, tetapi tidak tahu di mana lokasinya? Saksikan episod pertama di AstroGempak/OhMyBudget.

Selain itu anda juga boleh ikut Elly ke lokasi membeli belah paling bajet dan berbaloi-baloi untuk shopping tau!

Dan dalam episod ketiga yang disiarkan hari ini, Elly bawa pula anda makan-makan nasi kandar sempoi tapi...harga bajet!

Tunggu apa lagi...saksikan Oh My Budget, pasti tak menyesal!

Saksikan video di bawah, Astro Gempak tak bohong...Memang ada tempat-tempat bajet yang sesuai untuk kita berbelanja tau! Buat apa nak keluar duit banyak-banyak kalau dapat yang berkualiti 'lima bintang' tetapi harga murah?


Artikel Berkaitan


Komen