Nora Danish, Nedim Nikah Hujung Bulan Ini?

19 Januari 2016. 5.38 PM
19,156
Hiburan
Nora Danish, Nedim Nikah Hujung Bulan Ini?

Sebelum ini Miss K memang sudah dengar desas-desus mengenai pelakon putih gebu Nora Danish dan pasangannya Nedim bakal berkahwin.

Tapi, Miss K tak beranilah nak kata apa-apa sebab Miss K pun dengar dakwaan orang...Takut kalau melebih-lebih Miss K pulak yang didakwa nanti uols

Berbalik kepada cerita kahwin Nora dan Nedim, khabarnya pasangan merpati dua sejoli ini bakal bernikah pada hujung bulan ini! Iya atau pun tidak, Miss K sendiri pun tak berapa nak pasti sebab...maklumlah nama pun desas-desus, so kaburlah sikit informasinya! 

Tarikh yang tepat tidak pula Miss K tahu, tetapi Miss K rasa macam dah nak sampai serunya, lebih-lebih lagi apabila seorang pereka fesyen memuatnaik foto Nora memakai gaun pengantin berserta kapsyen ‘Someone is getting married’ beberapa hari lepas.

Patutlah Nora buat tak endah bila dirinya dikaitkan dengan keruntuhan rumah tangga Fasha Sandha dan bekas suaminya tidak lama dahulu. Rupa-rupanya...

Apa-apa pun, jika benar berita yang Miss K dengar tu, tahniah diucapkan kepada Nora dan Nedim. Memang elok sangat-sangatlah mereka kahwin. Berkawan pun dah lama...Sekurang-kurangnya tertutuplah mulut haters dey ols!

Walaupun sebelum ini Nora dan Nedim masing-masing mengeluarkan kenyataan hubungan mereka sudah putus, tapi Miss K yakin semua itu hanyalah untuk menutup mulut longkang haters.

Well, Miss K tak salahkan Nora dan Nedim jika benar mereka buat macam tu, sebab...Kalau Miss K pun, Miss K rimas dengan keyboard warriors yang tak habis-habis nak mengutuk dan mengeji.

Sekurang-kurangnya bila bagitahu dah putus...senyaplah sekejap mulut haters! Alah..lagipun Nora dan Nedim bukan pasangan pertama yang coverline...Ramai lagi, sebab nakkan privacy!

Miss K: Tengah tunggu seorang lagi artis wanita buka mulut tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung Februari ini.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!


Artikel Berkaitan


Komen