Semua Anggota Sepahtu Bergabung Dalam Sepahtu Reunion

21 Januari 2016. 12.00 AM
13,782
Hiburan
Semua Anggota Sepahtu Bergabung Dalam Sepahtu Reunion

Buat julung kalinya, semua ahli kumpulan lawak Sepahtu digabungkan dalam satu program yang berjudul Sepahtu Reunion.

"Rancangan tersebut merupakan sebuah sitkom yang menampilkan ahli kumpulan Sepahtu dari awal kemunculan sehingga kini.

"Jep, Shuib, Mamat, Iylia dan saya bergabung dalam setiap episod bersama pelakon undangan. Antaranya ialah Sari Yanti, Uqasha Senrose, Mia Ahmad, Ebby Yus dan ramai lagi. Sepahtu Reunion ini bersiaran selama 13 episod," kata Rahim R2 kepada Astro Gempak.

Menurut Rahim, sitkom ini tidak bergantung dengan sebarang skrip dan ia sememangnya menjadi kebiasaan untuk mereka dalam mengendalikan sebuah rancangan yang berbentuk sitkom.

"Keistimewaan rancangan ini adalah ianya tidak menggunakan sebarang skrip. Setiap sketsa yang kami tampilkan semuanya dilakukan secara spontan.

"Saya boleh katakan yang Sepahtu Reunion ini merupakan satu kombinasi terbaik kerana ia pastinya bakal menggamit memori peminat terhadap kumpulan yang bermula sebagai Sepah sehinggalah ianya bergelar Sepahtu," kata Rahim lagi.

Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion yang bersiaran setiap Khamis, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Gunakan hashtag #SepahtuReunion untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen