Pelakon Nazim Othman mengesahkan telah mengikat tali pertunangan bersama aktres Bella Dally baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nazim melalui akaun Instagramnya dengan memuat naik satu video sweet bersama Bella semalam (Rabu).
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Nazim begitu gementar untuk bertentang mata dengan wanita itu sebelum melamarnya.
Melalui video itu juga, Nazim turut menjelaskan perkara sebenar mengenai pertunangannya bersama Bella.
“The news broke today and it's all over the net so fast. I was asked by a reporter about the rumors earlier today and I think it's best to let everyone know about the engagement. (no reporter has asked me about the engangement before today, that's one of the reasons why I kept it low).
“ Here it goes --> Pada 26 Oktober 2015, ketika menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi saya bertanya kepada @belladally sama ada dia sudi untuk menjadi isteri saya. Alhamdulillah, she said yes.
“Pada tanggal 14 November 2015, ketika saya berada di Korea untuk penggambaran sebuah drama, keluarga saya menemui keluarga Bella di Kota Kinabalu dan bermula hari itu dia adalah tunangan saya.
“Tarikh majlis pernikahan akan saya umumkan setelah kami berdua selesai membuat segala persiapan. Terima kasih di atas segala doa yang baik. (this clip is actually a small part of the proposal video. I lost words of what I initially planned to say because I was nervous. Never that I thought I'd be nervous, but I did. Nevertheless, she said Yes!) Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh peminat dan pengikut Instagram yang melabelkan mereka sebagai pasangan romantik.
Ahmad Shah
Fri Jan 22 2016
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.