Afgan Bakal Berduet Bersama Datuk Sheila Majid

24 Januari 2016. 12.25 AM
1,937
Hiburan
Afgan Bakal Berduet Bersama Datuk Sheila Majid

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal berduet dengan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Sheila Majid.

"Saya sudah menyiapkan sebuah lagu duet yang berentak balada. Pada awalnya, saya sangat gementar apabila mahu memperdengarkan lagu tersebut kepadanya.

Mengambil masa tiga jam untuk mencipta lagu tersebut, Afgan gembira kerana Sheila menyukai lagu yang diciptanya.

"Sheila merupakan penyanyi kegemaran saya dan dia seorang penyanyi yang sangat bagus. Perasaan gementar saya terhapus kerana selepas dia mendengar lagu ciptaan saya, respon yang dia berikan sangat positif," katanya yang ditemui di sidang media Konsert 5 Divo baru-baru ini.

Bakal berganding bersama Hazama, Hafiz Suip, Taufik Batisah dan Judika atas satu pentas, Afgan menyatakan rasa terharunya apabila dapat terlibat dalam konsert tersebut.

"Saya rasa sangat teruja untuk menjayakan konsert ini kerana artis yang ditampilkan semuanya hebat-hebat belaka. Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju," katanya lagi.

Konsert 5 Divo akan berlangsung pada 13 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam. Tiket berharga RM128, RM188, RM388, RM588, RM888, RM988 dan RM1188 boleh di dapati di www.ticketpro.com.my

Teks Oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen