Bekas Isteri Eizlan Yusof Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Zizan Razak

24 Januari 2016. 7.47 AM
21,013
Hiburan
Bekas Isteri Eizlan Yusof Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Zizan Razak

Bekas isteri kepada aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun tampil menepis dakwaan sedang bercinta dengan pelawak dan pengacara, Zizan Razak.

Menerusi ruangan gosip beberapa minggu lalu, Zizan dikhabarkan sedang berkawan rapat dengan Vie Shanti. Malah ada juga yang mengatakan mereka berdua menjalin hubungan cinta.

Berikut merupakan kenyataan yang ditulis oleh Vie Shanti menerusi laman Instagram miliknya, @vieshantiekhan:

“Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar..

“Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini..

“Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya..

“Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi..


“Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali..

“Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama..

“Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi..

“Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah..

“Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor 'MEMFITNAH' kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah 'MEMBUNUH' kehidupan orang tersebut dalam masyarakat..

“Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada Tuhan dan hari akhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan Tuhan.. #vsk #22012016 #mystatement #hatihatidenganfitnahrosakhiduporangkerananya.”

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Kredit foto: Instagram Vie Shanti & Zizan Razak 


Artikel Berkaitan


Komen