Pelakon Aaron Aziz tidak kisah apabila anak pertamanya, Danish digelar Kang Gary kerana wajahnya dikatakan seiras pengacara Running Man itu.

Gelaran tersebut mula diberikan oleh peminat-peminat Aaron selepas aktor tersebut memuat naik foto percutiannya bersama keluarga di Paris tiga minggu lalu.

Tidak dinafikan, kebanyakan foto-foto Danish yang tersenyum dengan memakai topi dan baju sejuk itu membuatkan wajah anaknya persis Kang Gary.

Seakan-akan bersetuju dengan gelaran tersebut, Aaron kemudiannya telah memuat naik satu foto terbaru Danish dengan kapsyen berbunyi:

“Pretty @dwiarianaofficial, Kang Gary @danishanaqiofficial and their mommy, my queen @diyanahalik working hard since morning! Blessed Sunday is when I manage to spend time with my family.... #aaronazizfamily.” tulisnya.

Isterinya, Diyana Halik juga turut melayan usikan peminat suaminya dengan menggelarkan anak sulung mereka Kang Gary.

“Kang Gary spotted in Geneva. ?? @danishanaqioffical #danishanaqiaaron #aaronazizfamilytravels #aaronazizfamily.” tulisnya.

Di sini Astro Gempak sertakan beberapa foto comel Danish untuk tatapan pembaca.

Cuba tengok sama tak macam Kang Gary?