Que Haidar Halang Anak Keluar Dengan Rakan-rakan?

27 Januari 2016. 4.55 PM
21,648
Hiburan
Que Haidar Halang Anak Keluar Dengan Rakan-rakan?

Pelakon Que Haidar mengakui dia dan isteri, Linda Jasmine tidak cukup tegas dalam mendidik anak-anak di rumah.

Menurut Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar, dia cuba untuk memperbaiki kelemahannya tanpa menguris hati anak-anak.

“Saya tidak cukup tegas apabila mendidik anak-anak. Itu satu kelemahan yang perlu saya perbaiki mahupun Linda sendiri. Dalam rumah saya lebih garang dari isteri, tetapi itu pun saya rasa masih manja lagi dengan mereka.

“Saya perlu ubah cara mendidik anak-anak tetapi dengan cara yang betul. Tapi kadang kala rasa kesian apabila saya marah mereka,” jelas Que Haidar dalam episod kelapan Papa Hero Saya musim kedua.

Ujar Que lagi dia lebih suka melayani dan menganggap hubungan dengan anak-anak seakan teman rapat.

Dalam pada itu, Que turut menjelaskan dia tidak gemar sekiranya anak-anak keluar menghabiskan masa bersama rakan.

“Saya tidak suka anak-anak keluar dengan rakan mereka. Maksudnya saya tidak mahu biasa dengan perkara tersebut dari kecil. Saya mahu mereka banyak menghabiskan masa bersama ibu bapa.

“Kalau mereka keluar bermain dengan kawan-kawan, saya atau pembantu rumah akan teman mereka. Biar mereka selalu luang masa bersama ibu bapa sebab apabila besar banyak benda kita akan rindu ingat kembali zaman sewaktu mereka kecil,” kata Que lagi.

Nak tahu rahsia Que Haidar mendidik anak di rumah  tanpa isteri disisi? Atau ingin mengetahui apa aktiviti yang dilakukan bapa tunggal ini sepanjang hari bersama putera dan puterinya?

Jangan lupa untuk menyaksikan Papa Hero Saya 2 di Astro Ria (104), setiap Rabu jam 9 malam.

Pelbagai tips menarik, info dan inspirasi disediakan menerusi program ini sebagai panduan ibu dan bapa di luar sana untuk menjadi yang terbaik buat anak mereka.

Tips-tips menarik juga boleh didapati di laman facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.


Artikel Berkaitan


Komen