Gara-gara Kelalaian Staf, Amitabh Bachchan Malu Dengan Peminat

28 Januari 2016. 12.35 PM
5,813
Hiburan
Gara-gara Kelalaian Staf, Amitabh Bachchan Malu Dengan Peminat

Aktor lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan  malu dengan peminat gara-gara kelalaian staf dan pembantunya.

Amitabh Bachchan yang dikenali dengan gelaran Big B kecewa dengan sikap pekerja yang tidak berterus terang kepada peminat  mengenai ketiadaanya di rumah kerana sibuk dengan penggambaran diluar Mumbai.

Kebiasaannya, bintang berusia 73 tahun  akan muncul di hadapan rumah untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat setiap hari Ahad.

“Ahad lalu saya tiada di rumah dan merasa malu dengan perkara seperti ini. Ini tidak sepatutnya berlaku! Pekerja saya seharusnya memaklumkan mengenai ketiadaan saya di rumah. Ini bukan sesuatu yang beretika dan sama sekali tidak sopan!,” luah Big B menerusi tulisan di blog peribadinya.

Big B cukup dikenali dengan sikapnya yang sangat menghargai dan suka melayani peminat sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.

Baru-baru ini aktor kelahiran Allahabad ini meraih 19 juta pengikut di akaun Twitter miliknya sekaligus menewaskan Shah Rukh Khan yang memiliki 17.5 juta pengikut.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Indian Express



Artikel Berkaitan


Komen