Pertama kali menonton Ola Bola arahan Chiu Keng Guan, ternyata ia sebuah filem yang memang terbaik gila!
Bukan omong kosong, filem ini cukup sempura dari segenap aspek iaitu sinematografi, jalan cerita, penyampaian, skrip, emosi dan lain-lain.
Ternyata Chiu seorang pengarah yang sangat mementingkan kualiti dalam setiap filem arahannya, maka tidak hairanlah The Journey pecah panggung dengan mengutip RM17.28 juta pada tahun 2014.
10 sebab mengapa anda perlu menonton Ola Bola:
1) Anda akan speechless dengan kualiti yang ada pada filem ini kerana ia mempunyai ramuan yang cukup untuk diangkat sebagai filem terbaik 2016!
2) Pelakon amatur yang dibariskan dalam filem ini lebih bagus lakonan mereka berbanding pelakon berpengalaman! Mereka berjaya menghidupkan jalan cerita Ola Bola dan kami beri lima bintang kepada pelakon-pelakon baru berbakat besar ini iaitu, JC Chee, 29 (Tauke), Saran Kumar, 21 (Muthu), dan Luqman Hafidz, 25 (Ali). Ketiga-tiga bintang baru ini sangat menonjol! Amazing!
3) Walaupun semuanya first time berlakon, JC, Saran dan Luqman bijak melakonkan peranan masing-masing serta berjaya menterjemahkan emosi dengan baik sekali sehingga mampu menyentuh hati penonton. Please bawa tisu ya semua!
4) Bront Palarae tak perlu lagi kami describe kerana mutu lakonannya yang sentiasa mantap dan berkualiti.
5) Sentuhan ajaib Chiu yang sangat meninggalkan kesan di hati penonton. Lebih-lebih lagi apabila melihat Tauke yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mencapai cita-citanya tetapi pada masa sama dia juga tempat keluarga bergantung harap. Muthu pula mempunyai hubungan yang tegang dengan ayahnya yang tidak merestui impiannya untuk menjadi penjaga gol kebangsaan. Malah, penyerang kebangsaan, Ali turut berusaha keras untuk menyarung jersi nombor 10.
6) Filem ini betul-betul menekankan aspek hidup bersatu padu diantara semua kaum dan semangat cintakan negara. Dalam filem ini kita boleh lihat semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, atau warna kulit bercakap tentang bola sepak, tidak kira di rumah, di pejabat, di fun fair, dan di mana-mana saja. Rakyat bersatu di belakang pasukan kebangsaan kesayangan mereka kerana mahu menyaksikan kejayaan pasukan bola sepak negara ke persada antarabangsa. Seriously impak dia besar kepada sesiapa sahaja yang menonton filem ini!
7) Kuasa sukan yang luar biasa mampu menjadikan diri seseorang lebih tabah mengharungi cabaran! Ola Bola bukan sekadar sukan bola sepak tetapi ia turut menonjolkan nilai persahabatan, kemahiran sukan, kekeluargaan dan keharmonian hidup berbilang bangsa sebagai intipati utama.
8) Ola Bola menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari luar negara yang berpengalaman. Khidmat pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood digunakan bagi menonjolkan lagi unsur-unsur tahun pada ketika itu (80an). Sebagai contoh, babak perlawanan di Stadium Merdeka, dan pesta gaya 80-an yang dibina khas untuk filem ini. Selain Argentina, Chiu turut mendapatkan khidmat sinematografi udara terbaik dari Australia, pos produksi dan pemenang anugerah audio dari Taiwan, Tu Duu-Chih. Malah, turut menggunakan khidmat Chin Ting Chang, seorang pengarah fotografi dari filem Kano.
9) Chiu turut meminta pandangan pemain bola sepak lagenda seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Bakri Ibni, James Wong dan mengenai pengalaman mereka dalam arena bola sepak tanah air. Lebih membanggakan apabila Chiu turut berpeluang bertemu jurulatih pasukan bola sepak negara pada tahun 1980, Karl-Heinz Weigang.
10) Ola Bola diispirasikan daripada zaman kegemilangan Harimau Malaya bermula 1970 sehingga pasukan negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Russia pada tahun 1980.
Kalau tak percaya, pergilah tonton sendiri kerana penulis yang bukan pencinta bola sepak pun boleh jatuh cinta dengan filem ini. Pergi tengok dan feel sendiri dan anda akan tahu betapa bagusnya Ola Bola!
Tunggu apa lagi, Ola Bola sudah pun mula ditayangkan di pawagam diseluruh negara bermula 28 Januari lalu. Jom ramai-ramai, bawa keluarga, kawan-kawan tonton Ola Bola untuk mengisi hari cuti mereka!
Di bawah, Astro Gempak kongsikan trailer Ola Bola untuk tontonan anda:
Ahmad Shah
Sat Jan 30 2016
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.