Empat Hari Tayangan, OlaBola Kutip RM2.5 Juta

2 Februari 2016. 9.12 AM
4,438
Filem
Empat Hari Tayangan, OlaBola Kutip RM2.5 Juta

Filem OlaBola arahan Chiu Keng Guan berjaya meraih meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta selepas empat hari tayangan.

Ditayangkan bermula 28 Januari lalu, OlaBola yang mengisahkan kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada zaman 80an mendapat sokongan dan reaksi positif penonton di pawagam selain menjadi trending di laman Twitter sebanyak enam kali.

Lebih menarik, rata-rata Tweet mengenai OlaBola dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, filem OlaBola merupakan kekuatan kepada semangat dan perpaduan kepada semua lapisan rakyat Malaysia dan mengimbau zaman kegemilangan sukan bola sepak di zaman 80an.

“Filem OlaBola bukan hanya memaparkan sukan bola sepak sahaja, tetapi ia menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia.

“OlaBola juga turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu. 

"Filem ini telah menerima pujiaan dari sudut kualiti produksi, muzik skor dan sinematografi,” katanya.

OlaBola dibintangi oleh Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar dan ramai lagi.  Filem ini diilhamkan oleh persitiwa sebenar sewaktu yang terjadi sebelum kejohanan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Layari www.olabola.com.mywww.olabola.tv,   www.youtube.com/astroshawwww.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola.


Artikel Berkaitan


Komen