5 Filem Malaysia Yang Mengangkat Tema Sukan

3 Februari 2016. 10.20 AM
5,452
Filem
5 Filem Malaysia Yang Mengangkat Tema Sukan

Filem dengan genre sukan sering menjadi subjek utama yang diketengahkan dalam industri perfileman antarabangsa.

Industri perfileman tempatan pula dilihat jarang untuk menghasilkan filem yang mengangkat tema sukan.

Namun begitu, semenjak akhir-akhir ini, filem kesukanan mendapat tempat di hati penerbit filem.

Astro Gempak menyenaraikan lima filem tempatan yang menampilkan aksi sukan sebagai intipati filem mereka.

1. Baginda

Filem yang membariskan ramai pelakon hebat seperti Allahyarhamah Azean Irdawaty, Jalil Hamid, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Chef Wan, Jaafar Onn, Benjy dan ramai lagi ini diarahkan oleh pengarah prolifik Aziz M. Osman. Mengangkat sukan bola tampar di akhir penceritaan, filem Baginda diterbitkan pada tahun 1997.

2. Libas

Filem arahan Jurey Latiff Rosli ini merupakan sebuah filem yang mengangkat sukan sepak takraw. Dibarisi oleh pelakon popular seperti Johan, Datuk Rosyam Nor, Scha Alyahya, Beego dan ramai lagi, filem Libas ditayangkan kepada tontonan umum pada tahun 2011.

3. Jejak Warriors

Filem arahan sutradara Saw Teong Hin ini membariskan pelakon ternama seperti Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Allahyarham Harun Salim Bachik, Bell Ngasri dan ramai lagi. Menariknya, filem terbitan tahun 2015 ini juga menampilkan pemain bola sepak Kelantan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal, Ahmad Fakhri Saarani dan ramai lagi.

4. Rembat
Filem kedua arahan pengarah Shamyl Othman ini juga bercerita mengenai perjalanan dua peminat sukan bola sepak. Membariskan pelakon seperti Shaheizy Sam, Aniu, Zizan Razak, Zara Zya, Arja Lee dan ramai lagi, Rembat turut ditayangkan pada tahun 2015.

5. Ola Bola
Filem terbitan Astro Shaw ini sedang hangat ditayangkan di pawagam dan menerima maklumbalas yang sangat positif. Membariskan pelakon berbakat Bront Palarae dan wajah baru seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar dan ramai lagi, filem ini merupakan buah tangan terbaru sutradara Chiu Keng Guan yang pernah mengarahkan filem blokbuster The Journey.

Jangan lupa untuk menyaksikan kehebatan filem Ola Bola yang ditayangkan bermula 28 Januari 2016! Gunakan hashtag #OlaBola #KembalinyaKeyakinan untuk berinteraksi mengenai filem ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen