Pelawak Shahrol Shiro mengumumkan bakal bernikah pada 18 Mac ini dengan wanita pilihan hatinya Nor Farhanan Syamimi, 26.

Pengumuman tersebut dilakukan Shahrol secara ekslusif menerusi porgram SATE di ERA fm pada petang Khamis.

Shahrol dan bakal isterinya yang merupakan seorang ahli perniagaan berasal dari Kluang, Johor bakal melangsungkan pernikahan mereka di Dewan Kampus Intan Wilayah.

Majlis persandingan pihak perempuan akan dilangsungkan pada 19 Mac, sementara di sebelah lelaki akan diumumkan oleh Sharol pada bulan Julai.

Menurut Shahrol dia dan bakal isterinya kini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan dan akan menjalani kursus kahwin pada pada 6 Februari 2016.

Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber berita & foto: Era.fm