Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan undian kini semakin rancak dilakukan para peminat.

Antara kategori yang mendapat perhatian para pengundi ialah Lagu MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP kerana artis yang tercalon bukan calang-calang.

Nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza pastinya memberi rasa gerun kepada calon lain, namun semuanya akan terjawab dengan undian anda!

Akim & The Majistret pula mempertaruhkan lagu potret untuk kategori Lagu MeleTOP, kalau nak diikutkan lagu ini ‘berhantu’ dan mungkin boleh menang.

Sementara itu Ayda Jebat dan Syamel yang tercalon dalam kedua-dua kategori pula boleh dikatakan antara peserta favourite AME 2016.

Tetapi...jangan lupa Hazama dan Ezad Lazim dua penyanyi yang mempunyai vokal termantap turut tercalon.

Oleh itu, lakukan undian anda sekarang kerana lebih banyak anda mengundi, ‘positif meter’ akan bergerak dan selebriti kita akan melakukan kerja amal mengikut pergerakan meter tersebut.

Ingat, satu undian anda bakal membuatkan seribu yang lain tersenyum!

Untuk mengundi klik di sini: Anugerah MeleTOP Era 2016

Calon Bagi Kategori Lagu MeleTOP

1. Ayda Jebat - Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel - Hidup Dalam Mati
4. Dato' Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati

Calon Bagi Kategori Penyanyi MeleTOP

1. Ayda Jebat
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim

Jangan lupa untuk menyaksikan AME 2016 pada 28 Februari ini yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).