Baru sahaja muncul dengan filem pertama Ola Bola, pelakon berbakat Eric Teng sudah menjadi perhatian ramai.

Buktinya, Instagram (IG) Eric kini telah bertambah kepada 14 ribu pengikut dalam masa yang singkat.

Eric yang memegang watak sebagai Balak Eric sebelum ini hanya memperolehi 3 ribu pengikut sahaja.

Berdasarkan komen-komen di IG, kebanyakan followers Eric adalah mereka yang sudah menonton filem tersebut.

Boleh dikatakan Ola Bola merupakan antara penyumbang utama peningkatan pengikut di laman sosialnya.

Selain memiliki wajah yang kacak, sikap Eric yang merendah diri dan rajin membalas komen peminat di IGnya juga membuatkan para peminat semakin ‘jatuh cinta’ dengannya.

Yang masih belum mengenali Eric, apa kata anda menonton filem Ola Bola di pawagam berhampiran hujung minggu ini.

Pasti anda akan terkejut melihat perbezaan wajah Eric dalam filem tersebut.

Untuk mengikuti info terkini tentang Ola Bola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.