Ini Bukan Kali Pertama Berita Kematian Saya Tersebar - Datuk M.Daud Kilau

14 Februari 2016. 10.08 AM
7,459
Hiburan
Ini Bukan Kali Pertama Berita Kematian Saya Tersebar - Datuk M.Daud Kilau

Penyanyi Datuk M.Daud Kilau mengesahkan masih hidup dan sihat sekaligus menafikan khabar angin berita  kematiannya.

Menurut penyanyi yang masyhur dengan lagu Gila Judi dan Cek Mek Molek itu lagi, khabar angin mengenai kematiannya bukanlah kali pertama tersebar.

“Biarkanlah. Biarkanlah mereka,” jawabnya ringkas.

Ketika dihubungi Astro Awani, Datuk M.Daud Kilau memberitahu sedang dalam perjalanan pulang dari  bersiar-siar di Kuala Lumpur.

"Saja ambil angin, jalan-jalan. Tak elok juga kalau duduk di rumah saja,” katanya.

Pada Januari yang lalu, penyanyi kelahiran negeri Perak itu dimasukkan ke Hospital Teluk Intan untuk menjalani rawatan komplikasi membuang air kecil.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Astro Awani


Artikel Berkaitan


Komen