Bergaya Ala Bollywood, Aaisyah Dhia Rana Comel Macam Anak Patung

15 Februari 2016. 11.45 AM
217,667
Hiburan
Bergaya Ala Bollywood, Aaisyah Dhia Rana Comel Macam Anak Patung

Kehadiran anak pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana ke majlis resepsi pereka fesyan terkenal Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil (Rizman Ruzaini) menjadi perhatian ramai.

Majlis bertemakan Bollywood yang berlangsung malam semalam (Ahad) turut dihadiri oleh selebriti terkenal antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Ella.

Gelagat Aaisyah yang comel dengan memakai skirt labuh beserta baju berkilau berwarna hijau sedondon dengan ibunya  menawan hati tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Datuk Siti Nurhaliza turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Aaisyah dan berkongsi foto mereka di akaun Instagram (IG) dengan kapsyen:

“Dah lama nak jumpa princess sorang nie..akhirnyaa #aaisyahdhiarana #culiksat #anakpatung @rozitachewan1,” tulisnya.

Selain Datuk Siti, Awal dan Scha juga turut merakamkan foto bersama Aaisyah dan memuat naik di IGnya dengan kapsyen kelakar yang ditujukan kepada anak mereka, Lara Alana.

“Jangan tunjuk kat anak uncle rambut, gelang & rantai ni semua k? Nanti dia nak pulak jenuh uncle nak pi cari,” tulis Awal.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto comel Aaisyah pada malam tersebut:













Artikel Berkaitan


Komen