Jaga Alam Sekitar, Peka Dengan Jadual Kutipan Kitar Semula Kawasan Anda

16 Februari 2016. 9.38 AM
2,808
Advertorial
Jaga Alam Sekitar, Peka Dengan Jadual Kutipan Kitar Semula Kawasan Anda

Umum mengetahui pelaksanaan pengasingan sisa pepejal dilaksanakan secara mandatori bermula 1 September tahun lalu.

Sehubungan itu kerajaan juga telah memperkenalkan sistem kutipan 2 + 1 iaitu, kutipan bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu dan kutipan sisa kitar semula, sisa kebun serta sisa pukal sekali seminggu.

Sisa baki yang dikutip dua kali seminggu ini mestilah dibungkus dengan rapi ke dalam plastik atau bekas yang sesuai dan dimasukkan ke dalam tong seperti sisa dapur, sisa makanan, bahan-bahan kotor, lampin pakai buang.

Sementara, sisa kitar semula (kertas, plastik dan lain-lain) pula perlu diasingkan dan dibungkus rapi ke dalam plastik atau bekas yang sesuai serta diletakkan di tepi tong pada hari kutipan. Sisa- sisa ini dikutip sekali seminggu.

Terakhir, sisa pukal dan sisa kebun atau laman dikutip bersekali pada hari kutipan barangan kitar semula. Sisa tersebut hendaklah diletakkan dengan dengan kemas di bahu jalan di hadapan rumah pada hari kutipan.

Syarikat konsesi di kawasan anda adalah ialah,

1) Alam Flora Sdn Bhd bagi Negeri Pahang, WP Kuala Lumpur & Putrajaya

2) SWM Environment Idaman Sdn Bhd bagi Negeri Johor, Melaka  dan Negeri Sembilan

3) Environment Idaman Sdn Bhd bagi Negeri Perlis dan Kedah

Syarikat konsesi akan melakukan kutipan barangan kitar semula ini menggunakan lori open tipper khas. Pastikan jadual kutipan kawasan anda dan keluarkan sisa pepejal yang betul pada hari kutipan.

Untuk maklumat lanjut hubungi  Talian Indahkan Malaysia di 1 800 88 7472 atau layari www.kpkt.gov.my/separationatsource


Artikel Berkaitan


Komen