Pelakon Syahrul Ridzwan dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi.

Kejadian itu dimaklumkan sendiri oleh Syahrul menerusi kapsyen terbaru di akaun Instagram miliknya kira-kira dua jam yang lalu dengan memuat naik sekeping foto menunjukkan bahagian hadapan keretanya yang rosak teruk dan tayar keretanya juga pecah.

“Assalamualaikum , dugaan di pagi hari, saya kemalangan pada pagi ni, tapi jangan risau saya okay dan selamat. Cuma kereta teruk sikit bahagian depan. Doakan yang baik baik buat saya. #dugaan.” tulisnya pendek.

Rata-rata pengikut Syahrul di Instagram memanjatkan rasa syukur kerana aktor itu berada dalam keadaan selamat dan mendoakan kesejahteraannya.