Berita ini disampaikan oleh teman Miss K, Manja Imani. Menurut Manja, pelakon cantik Nora Danish kini sedang giat melakukan persiapan untuk melangsungkan perkahwinan bersama teman tapi mesranya, Nedim Nazri.

Khabarnya, Nora telah pun menempah busana perkahwinan dengan Ashraff Zainal, pereka fesyen kegemaran Nora.

Miss K lihat di laman Instagram milik Nedim, jejaka itu pun turut memberikan hint yang mengatakan perkahwinan mereka semakin hampir menerusi sekeping gambar mereka menghadiri sebuah majlis resepsi perkahwinan baru-baru ini.

“Kami mengucap kan tahniah kepada pasangan pengantin Inspector Hadi & Isteri di perhati oleh abang nya , hari Ni @giegie_97 cuti Jaga anak & handle Adik kahwin. InsyaAllah Kami akan ikut jejak Adik kome @giegie_97 @noradanish,” tulis Nedim.

Kalau benarlah berita yang disampaikan oleh Manja, Miss K ucapkan tahniah in advance buat Nora dan Nedim. Semestinya ramai peminat Nora yang tak sabar menantikan hari bahagia Nora dan Nedim. Miss K sendiri pun rasa yang Nora sangat sepadan dengan Nedim!

Miss K: Dengar-dengar tarikh bahagia Jihan Muse pun dah semakin hampir… Ye ke?

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!