Selepas saling berbalas entri di akaun Instagram masing-masing, pelakon Sharnaaz Ahmad dan Johan Raja Lawak akan membentuk kumpulan Jonaz di Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).

Sejauh mana kebenaran berita tersebut belum dapat disahkan sehingga kini kerana kedua-dua selebriti ini tidak memberikan sebarang kenyataan.

Jika benar Johan dan Sharnaaz bergabung membentuk Jonaz, bagaimana pula dengan kumpulan Jozan, gabungannya bersama Zizan Razak?

Kumpulan Jozan sebelum ini pernah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega edisi 2012 dengan hadiah wang tunai RM500,000.

Penampilan Sharnaaz di MLM 2016 pasti dinanti-nantikan peminat selepas watak komedinya dalam drama bersiri Suami Encik Sotong berjaya memenangi kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2015.

Rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila Johan bersetuju untuk muncul semula di pentas MLM sejak sekian lama menyepikan diri dengan kumpulan Jozan.

Adakah kumpulan Jozan bakal berpecah kerana Johan bersetuju untuk bergandingan dengan Sharnaaz di MLM 2016?

Jangan lupa untuk saksikan program MLM 2016 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal pada jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Mustik HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut.

Maharaja Lawak Mega 2016

Betul ke ada gabungan baru Johan & Sharnaaz Ahmad sebagai #Jonaz ? Nak lawan #Jozan ke? Apa pun kita tengok #Maharajalawakmega 2016 malam ini. Best jugak kalau betul-betul menjadi gabungan ni.

Posted by Maharaja Lawak Mega on Thursday, February 18, 2016