Pelakon Eina Azman telah pun memberikan nama kepada bayi kembarnya yang selamat dilahirkan pada Jumaat lalu.

Nama bayi kembar sepasang itu didedahkan melalui foto yang dimuat naik oleh aktres Rebecca Nur Al Islam di akaun Instagramnya ketika melawat isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu.

Menerusi foto tersebut, jelas kelihatan nama kembar itu pada tag yang ditampal di baby coat masing-masing.

Eina telah memilih nama yang cukup cantik iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Selain Rebecca, seorang lagi saudara terdekat Eina turut memuat naik foto kembar comel itu beserta nama mereka.

“Just became an uncle, baby twins! Welcome to the #family!”
tulisnya.

Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Eina Azman dan suami.