Kemunculan kumpulan Jonaz iaitu gabungan Johan Raja Lawak dan Sharnaaz Ahmad sebagai ‘Chief Lawak’ di Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) disambut baik peminat.

Tugas mereka di MLM 2016 ialah sebagai ‘Pengkritik Media Sosial’ yang memberi maklumbalas kepada setiap persembahan peserta.

Menariknya, ada beberapa Tweet lucu oleh Jonaz yang mendapat ‘Like’ dan ‘Retweet’ yang tinggi oleh pengikut mereka di Twitter.

Antaranya komen Nora Danish yang telah memberi lima 'Ha' kepada kumpulan Bocey buat pertama kali.

Selain itu ada beberapa Tweet Jonaz menegur beberapa kumpulan yang tidak mencapai tahap persembahan sepatutnya dan kurang memuaskan penonton dan pihak juri.

Jom baca enam tweet kelakar oleh Johan Raja Lawak dan Sharnaaz Ahmad di minggu keempat MLM 2016.

Minggu keempat MLM 2016 menyaksikan kumpulan Xola yang dianggotai oleh Chot, One dan Wan Wala diumumkan sebagai peserta yang tersingkir selepas menerima undian terendah.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!