Jihan Muse Tak Puas Hati Lara Alana Jadi Pengacara AME 2016?

23 Februari 2016. 12.12 PM
57,147
Hiburan
Jihan Muse Tak Puas Hati Lara Alana Jadi Pengacara AME 2016?

Pengacara popular Jihan Muse tidak puas hati dengan Lara Alana yang bakal bergandingan dengannya di Anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016).

Ada khabar angin mengatakan Lara, anak kepada pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya itu juga merupakan salah seorang  hos di AME 2016 pada Ahad ini.

Bagaimanapun sehingga kini, kemunculan Lara sebagai pengacara masih menjadi teka-teki tetapi ramai pengguna media sosial teruja menantikan kehadiran si comel itu di pentas AME 2016.

Namun, jika Lara diangkat sebagai pengacara AME 2016, dia merupakan hos termuda di Malaysia yang mengendalikan majlis anugerah.

Jika benar Lara bakal ditampilkan bersama Jihan, Datuk AC Mizal, Neelofa  dan Nabil di pentas AME 2016 sebagai hos, mesti hura-hara pentas!

Mungkinkah si comel Lara akan membuli ‘pakcik-pakcik’ dan ‘makcik-makcik’nya di atas pentas atau sebaliknya?

Sama-sama kita nantikan AME2016 yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (CIDB) bermula jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Tetapi, jangan lupa untuk terus mengundi calon top 5 anda di Anugerah MeleTOP Era 2016 atau www.era.fm. Peminat juga boleh mengundi menerusi aplikasi Raku atau undian sistem pesanan ringkas (SMS).

Saksikan gelagat comel Lara Alana menerusi video di bawah:


Yeay! Kita jumpa kat @ame2016 nanti ok?

A video posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Soalnya, Makcik ke Kakak ke Auntie? #ame2016

A video posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on


Artikel Berkaitan


Komen