Penyanyi Dangdut Ditahan Atas Dakwaan Mencabul Remaja Lelaki

23 Februari 2016. 3.20 PM
28,747
Hiburan
Penyanyi Dangdut Ditahan Atas Dakwaan Mencabul Remaja Lelaki

Seorang penyanyi dangdut ditahan atas dakwaan mencabul seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun.

Saipul Jamil, 35, yang merupakan penyanyi dangdut terkenal Indonesia ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap mangsa.

Saipul ditahan di kediamannya di Kelapa Gading, Jakarta Utara pada Khamis lalu. Mangsa memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian itu dan mereka kemudiannya memfailkan laporan kepada Balai Polis Kelapa Gading, Jakarta Utara.

Menurut jurucakap Polis Wilayah Jakarta, Senior Komisioner Muhammad Iqbal, mangsa didakwa bertemu Saipul sebanyak tiga kali. Saipul menyuruh mangsa untuk memberikannya urutan, seterusnya, serangan seksual dilakukan oleh Saipul terhadap mangsa tersebut.

Mangsa telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur dan mangsa memberikan maklumat lanjut di Balai Polis Kelapa Gading selepas itu.

Saipul yang terkenal menerusi lagu Ratu Hatiku pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dangdut Dewi Perssik pada Jun 2005 namun bercerai pada Januari 2008.

Selepas itu, Saipul mendirikan rumah tangga bersama seorang model, Virginia Anggraeni pada Mac 2011 namun Virginia meninggal dunia pada September 2011 akibat kemalangan jalan raya.

Saipul yang kini sedang menggalas tugas sebagai pengkritik di program reaiti D Academy 3 yang bersiaran di Indosiar digugurkan dari program tersebut kerana kes yang melandanya.

Olahan semula: Kamaruddin Razal

Sumber: Bintang.com


Artikel Berkaitan


Komen