Sushi merupakan makanan ruji masyarakat Jepun dan kebiasaannya dihidangkan bersama makanan mentah.

Tetapi, pernahkan anda terfikir mengenai nasi lemak yang saiznya hanya sebesar sushi dan kuantitinya pula hanya mencukupi untuk satu suapan mulut

Mungkin yang terlintas di fikiran anda sekarang ialah “Eh, boleh kenyang ke makan nasi lemak besar sushi?” atau “Cukup ke kalau makan satu sahaja?”

Cukup atau tidak kenalah cuba sendiri kerana team Suudu telah menemui dua hidangan nasi lemak paling kecil dan comel ini di Lembah Klang.

Untuk mendapatkan hidangan unik ini, anda mungkin boleh ke Restoran Bijan di Jalan Ceylon dan nikmati sendiri nasi lemak terkecil yang dibungkus menggunakan daun pisang ini.

Menggunakan bahan yang segar dan terbaik, nasi lemak yang disediakan di restoran Bijan ini boleh diklasifikasikan sebagai nasi lemak bungkus yang paling kecil dan comel sekali.

Menariknya, walaupun kecil ia tetap mempunyai ikan bilis goreng, kacang tanah dan dilengkapkan dengan sambal yang sangat sedap!

Jika di restoran Bijan, nasi lemak dibungkus dalam saiz kecil dan comel, restoran Ruyi and Lyn yang terletak di Bangsar Shopping Complex pula menyediakan sushi nasi lemak.

Kalau anda nak tahu, sushi nasi lemak ini sudah pun menjadi trending sebagai hidangan ikonik paling kecil di dunia.

Biarpun menyuntik elemen fusion masakan Jepun, namun asas nasi lemak seperti kacang, ikan bilis goreng dan sambal tetap dikekalkan.

Jangan tak percaya...sushi nasi lemak ini juga lengkap dengan telur mata kerbau tetapi saiznya lebih kecil daripada syiling lima sen!

Wow! Sudahlah comel, sedap pula...Rugi kalau anda tak cuba sendiri.

Jom tengok gambar di bawah, serius comel dan rasa sayang nak makan!