Pekin Ibrahim Sasar Kahwin Tahun Ini

25 Februari 2016. 1.51 PM
10,847
Hiburan
Pekin Ibrahim Sasar Kahwin Tahun Ini

Pelakon filem Mat Moto, Pekin Ibrahim meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Pemilik nama penuh Mohd Iznan Ibrahim, 35, sentiasa bersedia untuk memenuhi tuntuntan sebagai seorang suami.

"Saya ada perancangan untuk tamatkan zaman bujang tahun 2016. Kehendak itu ada tetapi saya masih belum berjumpa jodoh lagi. Saya mengakui yang saya ada mengenali dan berkawan dengan beberapa orang wanita tetapi semuanya masih belum di tahap serius.

"Namun begitu, saya selalu bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Jika saya berjumpa gadis pilihan saya kelak, tanpa membuang masa saya akan terus berkahwin dengannya," kata Pekin yang ditemui di majlis tayangan dokumentari The Rejection di Kafe Skrin, Hulu Klang.

Dokumentari The Rejection merupakan sebuah projek corporate social responsibility yang terkandung dalam subjek Pembangunan Masyarakat 1 melalui model kursus Ijazah Sarjana Muda Industri Kreatif yang diperkenalkan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM).

Diarahkan oleh Pekin, dokumentari ini turut melibatkan penggiat-penggiat seni seperti penyanyi, pelakon, pengarah, komposer, pegawai perhubungan awam dan juruaudio yang sedang melanjutkan pelajaran di UUM.

"Dokumentari ini berkisarkan mengenai isu kewujudan gelandangan sub-culture punk di Kuala Lumpur. Perkara ini dikupas menerusi The Rejection dan dipersembahkan sebagai tugasan akhir subjek tersebut.



"Saya mahu menghasilkan sesuatu yang dekat dengan diri saya dan rakan-rakan yang lain. Setelah melakukan perbincangan, mereka bersetuju dan kami mengangkat tema gelandangan sub-culture punk yang agak jarang dipaparkan di khalayak ramai," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pekin sedang dalam proses pra-produksi bagi filem sekuel Mat Moto. Pekin juga membintangi filem arahan Syamsul Yusof, Munafik yang sedang ditayangkan di pawagam.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen