Johan Raja Lawak dan Ayda Jebat diumumkan sebagai Artis Top Top MeleTOP lelaki dan wanita di Anugerah MeleTOP ERA 2016 (AME 2016).

Johan yang juga penyampai radio ERA FM turut memenangi kategori Couple MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP.

Manakala Ayda pula diumumkan pemenang bagi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP (Siapa Diriku), Drama MeleTOP (M.A.I.D), Pelakon MeleTOP dan Artis Top Top MeleTOP Wanita.

Selain Ayda dan Johan, Datuk Siti Nurhaliza mengekalkan kemenangan bagi kategori Bintang Online MeleTOP untuk dua tahun berturut-turut.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang sebuah trofi sumbangan pihak Astro dan wang tunai berjumlah RM5,000. Sementara pemenang bagi kategori Artis Top Top MeleTOP sebuah trofi dan wang tunai RM10,000.

Anugerah MeleTOP ERA 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Berikut penuh pemenang bagi Anugerah MeleTOP ERA 2016:

ANUGERAH KHAS MELETOP - Zulkarnain Hassan (Pengulas Sukan Bola Sepak)

FESYEN MELETOP - Datuk AC Mizal

ARTIS BAHARU MELETOP - Mira Filzah

BINTANG ONLINE MELETOP - Datuk Siti Nurhaliza

COUPLE MELETOP - Johan & Ozzlyn

PENYAMPAI RADIO MELETOP -Johan

PROGRAM RADIO MELETOP - JoHaRa Pagi Era

GRUP/DUO MELETOP - Akim & The Majistret

PENYANYI MELETOP - Ayda Jebat

LAGU MELETOP - Ayda Jebat - Siapa Diriku

PROGRAM MELETOP - Gegar Vaganza 2015

HOS MELETOP - Datuk AC Mizal

DRAMA MELETOP - M.A.I.D

PELAKON MELETOP - Ayda Jebat

ARTIS LAWAK MELETOP - Johan

FILEM MELETOP - Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP -Zizan Razak

ARTIS TOP TOP MELETOP Wanita - Ayda Jebat

ARTIS TOP TOP LEKAKI - Johan