MLM 2016: Gelaran Peserta Favorite Menakutkan Bocey

1 Mac 2016. 9.50 AM
9,908
Zon Lawak
MLM 2016: Gelaran Peserta Favorite Menakutkan Bocey

Kumpulan Bocey takut apabila ramai penonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) menyifatkan mereka sebagai peserta kegemaran.

Dianggotai oleh Achey, Fad dan Abam, Bocey menjelaskan yang mereka tidak boleh mempunyai sikap sambil lewa dalam mempersiapkan diri untuk melakukan persembahan di pentas mingguan MLM 2016.

“Sejujurnya, bila ada yang mengatakan Bocey sebagai peserta kegemaran untuk MLM 2016, ianya satu perkara yang menakutkan. Kami perlu berusaha untuk menampilkan aksi cemerlang setiap minggu. Kami harus melakukan persiapan rapi agar persembahan kami diterima peminat,” kata Achey.

Tambah Fad, mereka harus rasa takut kerana apabila timbulnya perasaan sebegitu, mereka akan melakukan sketsa dengan sehabis baik untuk menambat hati juri dan penonton.

“Rasa takut ini sebenarnya bagus. Bila tiada rasa takut, kami tidak akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebelum melakukan persembahan, kami bertiga mencari idea secara berasingan. Selepas itu, kami gabungkan idea yang ada dan akan melakukan perbincangan agar persembahan yang ditonjolkan menarik,” kata Fad.

Dalam pada itu, Abam yang memenangi trofi Man of The Match Sinar FM selama dua minggu berturut-turut merasakan yang kemenangannya itu adalah hasil usaha mereka sebagai sebuah kumpulan.

“Saya menang bukan atas hasil titik peluh saya seorang. Kami merupakan sebuah kumpulan dan kemenangan yang diperolehi adalah atas usaha kami bertiga. Tanpa Fad dan Achey, mungkin saya tidak dapat kemenangan ini,” kata Abam pula.

MLM 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen